Pengeboman Maraton Boston = 911 2.0?

Wednesday, April 24, 2013

Kita amat menyesali perlakuan ganas yang diperlakukan ke atas orang ramai yang tidak berdosa dan tidak tahu apa-apa, ketika Maraton Boston yang diadakan pada setiap tahun berlangsung.  Dua letupan bom yang berada di dua lokasi yang bertentangan sememangnya mahu memaksimakan kemalangan jiwa ribuan manusia  yang berkumpul untuk menyertai acara tahunan bersejarah dan berprestij tersebut.




Di Malaysia kita sedikit lega apabila rakyat kita yang menyertai acara tersebut terselamat daripada sebarang kecederaan dan berharap semoga perjalanan pulang mereka ke tanahair, selamat hendaknya.


Namun sebelum apa-apa lagi kita sudah mendengar suara-suara yang mengatakan bahawa keganasan ini merupakan tidak lain tidak bukan diperlakukan oleh muslim atas nama Islan dan sebagainya.  Dunia Islam sudah mangli dengan pernyataan itu.  Setiap perkara buruk yang berlaku terutamanya letupan bom hampir kesemuanya dipersalahkan ke atas muslim dan Islam.


Oleh kerana itu kita tidak terkejut apabila keganasan yang melanda acara Maraton Boston memberikan kita wajah dua anak muda muslim yang (mengikut teks standard operatif FBI) tidak dapat menyesuaikan diri di tempat baru, selalu berseorangan memencilkan diri, mula terpengaruh dengan gerakan dakwah di mana-mana, mula bersikap Islamists (solat lima waktu sudah cukup untuk FBI menganggap anda sebagai potential Islamist, datang untuk memusnahkan Amerika Syarikat dan Dunia Barat yang maju) Masjid atau kumpulan Islam dan akhirnya terlibat dengan perbuatan keganasan seperti yang berlaku di Maraton Boston.

Amerika Syarikat tidak pernah segan silu atau kasihan untuk melakukan keganasan ke atas rakyat sendiri.  September 11, 2001 membuktikan jijiknya negara Uncle Sam ini yang hidup dengan mengekspot keganasan ke serata dunia, kepada muslim (Russia, Korea Utara dan China juga) di mana saja anda berada.  Iraq dan Afghanistan dua negara yang menjadi mangsa keganasan antarabangsa Amerika Syarikat dan sekutu-sekutu Kesatuan Eropah-nya.


Itu belum lagi dikira dengan drones yang bebas terbang sambil menyerang orang awam yang tidak berdosa di Pakistan, Yemen dan beberapa lagi negara terpilih di atas nama peperangan menentang keganasan.  Menghadapi isu ini kita tidak mengabsahkan perlakuan dua anak muda ini jika benar, kita berdoa kepada Allah subhanawataala supaya menunjukkan kepada kita semua kebenaran supaya nama Islam agama Syumul tidak terpalit dengan Fitan akhir zaman. 


Namun dengan kematian pelaku utama (mengikut pertuduhan FBI), Tamerlan Tsarnaev dan adiknya, Dzohkhar Tsarnaev yang mengalami kecederaan teruk di saluran pernafasannya, pakar perubatan mengjangkakan kesukaran untuk beliau bercakap semula amat tipis (beliau khabarnya telah sedar dan menjawab beberapa pertanyaan dengan tulisan dan menuduh abangnya sebagai perancang kepada keganasan ini atas nama jihad).  

Cerita sebenar kepada episod ini cuma dapat kita dengar daripada mulut pihak ketiga seperti isteri Tamerlan, Kathy Russel yang mengeluarkan kenyataan bersama dengan keluarganya, bahawa mereka kurang mengenali pemuda tersebut dan tidak pernah tahu tentang sebarang rancangan keganasan yang dirancang Tamerlan.

Seorang makcik mereka di Ontario, Canada bercerita tentang Tamerlan yang tiba mendekatkan diri kepada Islam menunjukkan karakter Islamist apabila mula melakukan sembahyang lima waktu.


Ibu mereka di Zubeidat Tsarnaev mengatakan ini semua merupakan perancangan jahat FBI yang sudah beberapa kali menyoal siasat anaknya namun melepaskannya setelah tidak mempunyai sebarang bukti untuk menuduh Tamerlan atas sebarang pertuduhan.  Puan Zubeidat mendakwa kedua-dua anaknya merupakan pelajar yang cerdik, malah sememangnya Dzohkhar pernah memenangi USD2500 biasiswa bandar Cambridge dan sedang mengikuti kursus perubatan.  Terdapat juag sesetengah laporan yang mengatakan beliau gagal dalam banyak matapelajaran yang diambilnya.  


Begitu juga Tamerlan yang dikatakan benci dengan nilai-nilai Amerika Syarikat dan pernah berkata bahawa beliau tidak mempunyai seorang kawan tempatan, beliau tidak memahami mereka.  Tamerlan juga dikatakan suka melayari laman web yang sering menunjukkan video tentang pejuang jihad Chechen menentang askar Rusia.  Namun jika beliau sememangnya gagal menyesuaikan diri walaupun sangat bagus dalam sukan bergusti (berkat latihan bapa mereka yang bekerja sebagai mekanik), bagaimana hubungan beliau dengan jandanya, Cik Kathryn Russell boleh terjalin sehinggakan mereka ke jinjang pelamin dan dikurniakan seorang bayi perempuan Zahara yang berusia dua tahun setengah?


Namun persoalannya kenapa di Maraton Boston?  Kenapa sekarang?  Dan apa motif dua anak muda berbangsa Chechen yang sedang berada di menara gading, mana silapnya?


bersambung...

Sebelum itu mari kita lihat empat video di bawah ini.








0 comments:

Imran N Hosein

Loading...