Hegemoni AS di Asia Tersungkur di Malaysia-Tony Cartalucci-Bahagian Kedua

Saturday, May 25, 2013


Anwar Dan Bersih, Senarai Penyokong Jabatan Negara Amerika Syarikat

NED dan NDI dibawah naungan Jabatan Negara Amerika Syarikat sebenarnya bukan penyokong dan pendukung nilai-nilai demokrasi dan kebebasan. Tinjauan terhadap senarai ahli-ahli lembaga pengarah NED mendapati begitu banyak sekali, ahli-ahli korporat fasis dan pemuka-pemuka peperangan.


Moses Naim : Carnegie Endowment For International Paece (sumber dana korporat disini)

Robert Miller : Peguam Korporat

Larry Liebenow : US Chamber of Commerce (ketua pendukung kepada akta-akta SOPA, ACTA dan SISPA), Center for International Private Enterprise (CIPE). Bacaan lanjut daripada islam1st.org tentang jahatnya SOPA disini.

Anne-Marie Slaugther : Jabatan Negara AS, Councils on Foreign Relation-CFR (ahli badan korporat disini), Pengarah Citigroup, Mc's Donald Corporation, , dan Political Strategies Advisory Group.


Marie Carlson Nelson : CEO Carlson, Pengarah Exxon Mobil

Stephen Sestanovich : Jabatan Negara AS, Carnegie Endowment for International Peace, CFR.

Judy Shelton : pengarah Hilton Hotels Corporation, & Atlantic Coast Airlines.

Francis Fukuyama : Neo-Con, pro-Peperangan, pro-Hegmonic PANAC, sokong dan tanda tangan

Zalmay Khalilzad : Neo-Con, pro-Peperangan, pro-Hegmonic PANAC, sokong dan tanda tangan

Will Marshall : Neo-Con, pro-Peperangan, pro-Hegmonic PANAC, sokong dan tanda tangan

Vin Weber : Neo-Con, pro-Peperangan, pro-Hegmonic PANAC, sokong dan tanda tangan

Adakah Boeing, Goldman Sachs, Exxon, penaja SOPA, ACTA, CISPA seperti Jabatan Perdagangan AS dan Pemuka-pemuka Perang dan Peperangan Neo-Con benar-benar mengambil berat untuk memakmurkan demokrasi di Malaysia? Ataupun untuk meluaskan jajahan pengaruh penaja-penaja korporat mereka dengan topeng sebagai pejuang demokrasi? Semestinya pernyataan yang terkemudian adalah kebenaran yang hakiki.

NDI yang mana pemimpin Bersih, Ambiga Sreenevasan mengaku menaja dana pertubuhan tersebut, sebenarnya dipenuhi dengan kepentingan gerakan dan susuk-susuk korporat fasis.


Robin Carnahan : Bekas kakitangan Export-Import Bank (Bank AS) "yang mana beliau berjaya meneroka jalan inovatif untuk membantu rakyat AS meningkatkan jualan barangan dan perkhidmatan mereka di luar negara." NDI yang banyak mencampuri pilihanraya umum banyak negara, terutamanya menyokong tokoh-tokoh yang pro-Barat yang juga menyokong Perdagangan Bebas, dan pembabitan Carnahan dalam sebuah organisasi perbankan yang sentiasa mengintai peluang untuk mengembangkan sayap mereka ke luar negara adalah sesuatu yang boleh menjurus kepada percanggahan kepentingan dan sememangnya ini sangat membimbangkan.

Richard Blum : Ahli perbankan pelaburan dengan Blum Capital, CB Richard Ellis, Terlibat secara langsung dan mendapat untung daripada peperangan oleh satu lagi syarikat pemuka perang dan peperangan, Neo-Con, Carlyle Group, apabila kedua-dua pihak membeli saham EG&G yang kemudiaannya menerima kontrak bernilai 600 Juta Dollar AS, diawal penaklukan dan peperangan Iraq.

Bernard W. Aronson : Pengasas ACON Investments, sebelum itu merupakan penasihat kepada Goldman Sachs, dan berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah Fifth & Pacific Companies, Royal Carribean International, Hyatt Hotel Corporation, dan Chroma Oil & Gas, Northern Tier Energy. Aronson juga merupakan seorang ahli CFR, yang mana merupakan sebuah badan pelobi yang mewakili syarikat-syarikat gergasi ini.

Sam Gedjenson : Profil NDI menyebut Gedjenson sebagai 'berkuasa penuh' Sam Gedjenson International yang mana mewar-warkan di laman sesawang mereka sebagai Perdagangan Tanpa Sempadan atau dalam erti kata lain sebagai monopoli perniagaan besar melalui inisiatif perdagangan bebas. Dalam profil autobiografinya beliau, beliau mendakwa sebagai telah berjaya memperluaskan ekspot AS sebagai seorang Demokrat dalam House International Relations Committee. Ini merupakan satu lagi kes percanggahan kepentingan antara NDI yang mencampuri politik negara asing dan ahli pengarah yang terlibat dalam "memperluaskan ekspot AS".

Nancy H Ruben : Ahli CFR.

Vali Nasr : Ahli CFR dan pegawai tinggi big oil, big banker Belfer Center, Harvard.

Rich Verma : Pemilik bersama di pejabat cawangan Washington Steptoe & Johnson LLP, sebuah firma guaman korporat dan kerajaan mewakili Verma, yang rencam dengan percanggahan kepentingan dan penipuan. Steptoe & Johnson aktif di negara-negara yang NDI wujud, membuka pintu untuk memanipulasi kedua-dua belah pihak untuk memenangkan yang satu lagi.

Lynda Thomas : Pelabur persendirian, bekas pengurus senior/CPA di Deloitte Haskins & Sells di New York dan Coopers & Lybrand Deloitte di London. Kebanyakkan pelanggan beliau merupakan Bank-Bank Pelaburan.

Maurice Tempelsman : Pengerusi dan ahli lembaga pengarah kepada syarikat Lazare Kaplan International Inc, sebuah syarikat pemotong dan pengilat berlian terpilih yang terbesar di Amerika Syarikat. Pemilik bersama senior di Leon, Tempelsman & Son, terlibat dalam perlombongan, pelaburan dan pembangunan perniagaan dan jualan bahan-bahan perlombongan di Eropah, Russia, Afrika, Amerika Latin, Canada dan Asia. Satu lagi contoh percanggahan kepentingan apabila Tempelsman mendapat keuntungan kewangan dan politik dengan memanipulasi kerajaan asing melalui kerjasama NDI.

Elaine K. Shocas : Presiden kepada Madeline Albright Inc., firma butik pelaburan, pernah menjawat jawatan Ketua Staf Jabatan Negara AS, dan misi AS ke PBB semasa Madeline Albright menjadi Setiausaha Negara AS dan Duta kepada PBB, sebuah gambaran yang amat memeningkan kepada terhadap kerajaan-besar dan perniagaan-besar.

Madeline K Albright : Pengerusi kepada Albright Stonebridge Group dan pengerusi kepada Albright Capital Management LLC, sebuah firma penasihat pelaburan, bersekutu secara langsung dengan ahli lembaga pengarah NDI, Elaine Shocas, mewakili percanggahan kepentingan yang sangat nyata diantara perniagaan/kerajaan. Albright pernah menyatakan bahawa sekatan ekonomi yang menyebabkan kebuluran dan kematian kepada setengah juta kanak-kanak di Iraq adalah berbaloi.


Rakyat Malaysia yang kebanyakkannya tidak berpuas hati dengan kerajaan, tidak sepatutnya mempercayai bahawa golongan-glongan pemuka ini yang sedang menaja dan menyediakan Badan-badan bukan kerajaan yang tidak telus dan jujur yang menyokong penuh Anwar Ibrahim sebagai semata-mata mahu mempertahankan kepentingan Malaysia dan rakyatnya.

Tujuan sokongan ini kepada AS ialah supaya Malaysia dibawah pimpinan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat akan terbuka untuk perjanjian perdagangan bebas dan dasar luar AS. Dalam kes ini, Malaysia yang sememangnya mempunyai kecapaian ekonomi yang tinggi, dicabuli dan terkubur, sementara pada waktu yang sama kekayaan dalam negara dilarikan daripada membangunkan watan dan digunakan untuk pertelingkahan proksi dengan China seperti yang sedang berlaku di Korea, Jepun dan Filipina.

Mempergunakan ASEAN Untuk Melawan China


Imej: Lemuel Gulliver di Pulau Liliput, telah dikalahkan apabila sedang tidur oleh sekumpulan kenit Liliputians yang ramai. Pemberi dana-kewangan Barat sebenarnya menginginkan ASEAN sebuah blok supranasional Asia Tenggara untuk menggunakan negara-negara kecil ini untuk 'mengikat' China. Namun tidak seperti cerita 'Gulliver's Travel', China mungkin akan bebas daripada ikatan dan pijak pemimpin Liliputians yang mengajak perang.

Matlamat AS untuk mempergunakan Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara yang lain untuk menentang China bukanlah spekulasi semata-mata. Asas kepada percaturan ini sudah bermula sejak dari tahun 1997 lagi dan diabsahkan oleh Setiausha Negara AS, Hillary Clinton sejak dari tahun 2011 lagi.

Pada tahun 1997, dengan tajaan majalah Fortune 500(mukasurat 19), kertas polisi oleh ahli Brookings Institution, Robert Kagan menulis, "Apa Yang China Tahu Yang Kita Tidak Tahu: Kes Untuk Mengawal Selia" yang banyak mendedahkan secara jelas dasar-dasar yang akan diambil oleh Wall Street dan London walaupun dilakukan secara samar-samar.  Dalam esei beliau, Kagan menulis:

Orde baru dunia masa kini ialah memenuhi keperluan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya, yang mendukungnya.  Dan sememangnya tidak bersesuaian dengan Diktator China yang mahu memelihara tampuk kuasa di dalam negara dan cuba-cuba untuk meluaskan pengaruhnya ke luar.  Pemimpin-pemimpin China merungut tentang tekanan ke atas mereka dan bercakap tentang bagaimana mereka sepatutnya cuba mengubah perjalanan sistem antarabangsa sebelum sistem antarabangsa merubah mereka. (Bold oleh Tony Cartalucci sendiri)

Di sini secara terbuka Kagan mengaku, bahawa 'orde dunia' atau 'orde antarabangsa', sebenarnya penaklukan dunia yang dijalankan oleh Amerika Syarikat dan kepentingan mereka. Kepentingan ini sebenarnya bukanlah kepentingan rakyat marhaen Amerika Syarikat, tetapi merupakan kepentingan penaja-penaja korporat pertubuhan Anglo-Amerika.


artikel ini akan bersambung


0 comments:

Imran N Hosein

Loading...