PRU-13 dan sebuah video Israel yang Menakutkan!!!

Saturday, May 4, 2013

Esok semua rakyat Malaysia akan mengundi kali ke-13 untuk memberikan mandat kepada sebuah kerajaan baru.  Pilihanraya kali dikatakan oleh sesetengah tokoh tempatan sebagai sebuah pilihanraya yang paling kotor.  Bagaimana mereka tahu akan itu, hanyalah diketahui oleh mereka dan Allah subhanawataala.  Apa saja yang mereka rancang tentunya tidak dapat diteruskan tanpa perkenan daripada yang Maha Berkuasa.

Persoalan yang berlegar difikiran penulis ketika menonton video dibawah ini ialah kerana tahap keterlibatan negara-negara luar (media-media luar yang lebih berat sebelah kepada pembangkang!) termasuklah negara Haramjadah Pengganas Zionis yang bersungguh-sungguh turut berkempen untuk Malaysia sebuah 'sheep nation' kata mereka, patut berubah dan Ubah sekarang.


Dalam video ingin juga dinyatakan lagi bahawa Malaysia akan menjadi jambatan untuk membuka hati negara lain berhubungan dengan Israel.  Persoalannya kenapakah ini berlaku?  Apakah mereka berasakan kegagalan terhadap perancangan halus mereka sehinggakan mereka sanggup menunjukkan satu sisi wajah mereka yang tentunya jika difikirkan akan mengundang perasaan gusar dan tidak senang dikalangan majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam.  Islam merupakan Agama Rasmi negara, bolehkah Zionis yang terkenal dengan sikap anti Islamnya menerima Malaysia sebuah negara Islam seperti yang dibicarakan dalam video di bawah.

Atau Malaysia yang bagaimanakah yang mereka maksudkan?  Malaysia yang semakin sekular yang mesra Setan Besar Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, jaringan pengganas antarabangsa yang mengikut telunjuk Zionis dan Israel?  Adakah kerana dengan terdesaknya mereka di Capitol Hill untuk menyokong puppet pilihan mereka untuk merosakkan Malaysia, maka mereka terpaksa memainkan isu agama dalam melobi dan mengambil hati penganut agama Kristian di Malaysia yang kurang daripada 10% daripada keseluruhan rakyat Malaysia.  



Siapakah dalang disebalik semua ini yang meminta atau memulakan gerakan gereja tersebut untuk campur tangan dalam piliharaya paling bersejarah kita?  Apa hak mereka untuk berbuat sedemikian sehingga membelakangkan Dasar Luar Negeri Malaysia yang tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah?  
Polis dan pihak keselamatan dan tentunya Pejabat Peguam Negara seharusnya membuka kertas siasatan ke atas kejadian ini yang menggugat kestabilan sosial masyarakat Malaysia yang cintakan keamanan.  Anasir-anasir dalam yang membabitkan gerakan daripada luar haruslah ditolak secara mutlak oleh rakyat negara ini. Kita mahu mentadbir negara ini dengan acauan kita sendiri dan tidak perlu sesiapa pun, baik Amerika Syarikat mahupun Israel untuk masuk campur.



Cukuplah kekacauan yang telah dibuat oleh CIA melalui dana-dana penyeludupan wang haram yang masuk melalui Malaysia melalui bank-bank antarabangsa yang memang terkenal dengan gerak kerja sulit seperti ini.

Sila tonton video ini dengan habis.  Satu perkara yang menarik untuk diperhatikan ialah negara kita dilabel sebagai sebuah 'Sheep Nation' (mungkin Tuan Imran Haaz boleh menulis dengan lebih mendalam).  Apa maksudnya.  Carian google penulis menemukan ini.

“But when the Son of Man comes in his glory, and all the angels with him, then he will sit upon his glorious throne. All the nations will be gathered in his presence, and he will separate the people as a shepherd separates the sheep from the goats. He will place the sheep at his right hand and the goats at his left.
“Then the King will say to those on his right, ‘Come, you who are blessed by my Father, inherit the Kingdom prepared for you from the creation of the world. Matthew 25: 31-34 NLT
Wallahualam.


'Semoga Allah subhanawataala memelihara negara ini daripada fitnah Dajjal akhir zaman dan agen-agennya, Amin Ya Rabbal Alamin.'

0 comments:

Imran N Hosein

Loading...