PRU-13 Kalah Menang Tun Dr Mahathir Menentang Penyangak Matawang Soros!

Saturday, May 4, 2013

Penulis sering menekankan kepada rakan taulan dan saudara ahli rumah tentang pentingnya rakyat Malaysia melihat kepada PRU-13 sebagai membuang undi melepaskan Malaysia daripada cengakaman jahat orang luar seperti Soros dan Money Mastersnya.


Namun acapkali penulis berbuat demikian kelihatan seperti naratif tersebut tidak pernah didaftarkan dalam minda kebanyakkan daripada mereka.  Dalam kerisauan yang teramat penulis cuba untuk menerangkan sebaik mungkin, tetapi sememangnya sukar jika kebanyakkan mereka yang jarang membaca secara online dan memilih untuk tidak mempercayai media arus perdana.


Perbuatan ini membuatkan mereka semakin jauh dengan naratif yang sememangnya dapat menyelematkan mereka sebagai sebuah bangsa yang menunjangi salah sebuah ekonomi yang terbesar di rantau Asia Tenggara.  Mereka tidak dapat melihat kepentingan Malaysia dari sudut Geografi yang secara de facto menolak negara ini sama ada suka atau tidak, ke dalam perbalahan di antara Amerika Syarikat dengan China.

Ketika Soros menjatuhkan matawang Thailand dan Malaysia pada tahun 1997 yang membuatkan kita kehilangan kekayaan dengan sekelip mata dan matawang kita jatuh teruk, Tun Mahathir memilih untuk membalas serangan mereka dengan menetapkan kadar ringgit dan mengundang kemarahan Soros dan 
Money Mastersnya yang terkejut beruk dengan langkah drastik dan berani Tun Mahathir yang membelakangkan IMF, salah satu vahana Money Masters.


Sejak daripada detik itulah Tun Mahathir diburu oleh Soros dengan anjing tambatannya pengkhianat bangsa yang sudah tersedia karpet merah, sama ada beliau kalah atau menang, Money Masters sudah menunggu seribu satu habuan sebagai hadiah kerana menghuru-harakan bumi Malaysia.


Harap-harap rakyat Malaysia esok memilih untuk mengalahkan Soros dengan hinanya.  Mungkin anjing tambatannya tidak akan berdiam diri dan melakukan kekecohan di seluruh negara seperti yang sudah berlaku di satu dua tempat semalam dikalangan budak-budak hingusan yang dipergunakan anjing tambatan Soros dengan dana hasil daripada memanipulasi matawang kita sendiri!


Semoga Allah subhanawataala melindungi negara Malaysia yang kita semua cintai, Amin Ya Rabbal Alamin.



1 comments:

Imran Haaz said...

Tiba2 teringat watak anjing2 belaan Napoleon di dalam Animal Farm karya George Orwell..

Imran N Hosein

Loading...