Ahli-Ahli Syurga Riak, Black 505 & Syahid Fisabillah.

Sunday, June 23, 2013

Perlukah kita menjadi Jemaah Gangster seperti ini dalam mahu menegakkan yang hak dan menidakkan yang batil. Hak kah perbuatan kita memukul seorang penjawat awam apatah lagi menghina beliau yang menjalankan amanahnya kerana mencari rezeki yang halal. Jika beliau tidak melakukan apa yang ditugaskan kepadanya apakah hukum gaji yang dibawa pulang ke isi rumah, anak bini dan keluarganya yang lain kerana dia mendapat gaji tersebut kerana dengan cara goyang kaki tanpa perlu buat apa-apa? Mungkin Ahli-ahli Syurga saja yang dapat menjawab...


Saya pernah menulis pasal 'Ahli Syurga', Riak dan Wag The Dog tentang kumpulan-kumpulan yang merasakan Syurga Allah subhanawataala dijadikan semata-mata untuk mereka tanpa menghiraukan bahawa, hanya Tuhan Yang Maha Esa saja yang layak dan berhak untuk memutuskan siapa yang layak berada di Syurga dan kelakuan golongan ini pada mata kasar saya bukanlah seperti ahli-ahli syurga. Mungkin saya salah, wallahualam.

Saya juga pernah menulis tidak berapa lama dahulu tentang kebangkitan arab di Syria sebelum negara itu menjadi berantakan dan menjadikan rakyat Syria sebagai pelarian di negara-negara yang bersempadan dengannya seperti Turki dan Jordan, saya mencadangkan bahawa semua ini berlaku kerana budaya penipuan licik ala filem Wag the Dog yang saya tonton sudah berapa tahun lalu. Tulisan itu saya namakan Wag The Dog II dan Kebangkitan Arab di Syria.

Berkenaan dengan kebangkitan di Mesir juga ada saya sentuh dengan tajuk Mesir, Dataran Tahrir & CIA; Porak Peranda Di Mesir, Sebuah Renungan... untuk mengingatkan kita semua yang berjuang untuk hak asasi dan sebagainya tidak terjerumus dalam permasalahan seperti yang dilalui Mesir sehingga sekarang. Arab Spring sudah bertahun berlalu dan sehingga kini masih ada demonstrasi dan rusuhan yang membabitkan kehilangan jiwa di Mesir. Adakah itu memberi kita, semua yang cintakan keamanan apa-apa nilai tambah kepada perjuangan dan tujuan yang kita impi dan perjuangkan?!

Mungkin saja kita telah lupa bahawa Negara kita ini tidaklah segah dan sehebat Empayar Turki Utmaniah yang sememangnya berjaya juga ditumbangkan dengan pelakuan licik musuh-musuhnya pada ketika itu. Dan adakah kita menuju kehancuran yang sama seperti Empayar Turki Utmaniyah itu? Tidak kita belajar apa-apa daripada episod kehancuran empayar yang menjadi kebanggaan muslimin? Kejatuhan Turki Utmaniah-Satu Pengajaran boleh dibaca di sini.

Sesungguh kebatilan yang begitu besar batilnya hanya akan dapat dilihat oleh mereka yang merendah diri, tidak riak, tidak pula terasa dirinya lebih baik daripada orang lain dan sentiasa pula bertawaduk dan bersangka baik dengan segala ketentuan yang Allah subhanawataal kurniakan kepada kita semua. Kenapakah kita sering melakukan sesuatu yang membelakangkan Islami, dengan berpegang kepada konsep batil yakni Matlamat Menghalalkan Cara? Kenapakah kita perlu menipu dan mengeluarkan fatwa baru semata-mata untuk mencapai matlamat politik kita? Siapa yang kita mahu tipu sebenarnya?

Kebanyakan rakyat Amerika Syarikat mempercayai episod serangan 911 merupakan sesuatu yang hak. Begitu juga dengan kebanyakkan mereka di seluruh dunia, termasuk mungkin juga di Malaysia sendiri. Penipuan demi penipuan sebesar dan sebatil 911 perlu ditutup dengan lebih banyak penipuan dan tentunya hasutan. Oleh itu tidak hairanlah apabila Allah subhanawataal mahu menemplak golongan ini dengan satu bentuk penipuan juga yang kemudiaannya dibongkar oleh orang mereka sendiri kerana sesungguhnya jika tidak mereka tidak akan pernah mahu mempercayai. 

911 sememangnya sesuatu yang batil. Banyak yang dapat kita baca jika kita mahu Baca, Baca dan Baca lagi kerana sesungguhnya kita tahu membaca. Tetapi salah siapa jika kita masih dungu dan bodoh mempercayai kebatilan? Perlukah kita menuding jari kepada pemerintah semuanya? Apakah kita sebagai manusia tidak perlu berusaha untuk mengibah nasib kita sendiri? Kebatilan 911: Pembohongan Tania Head yang menipu rakyat Ameika Syarikat malah dunia tentang cerita sedihnya terlibat dalam 911 masih menjadi peristiwa yang mengemparkan dunia barat yang meletakkan sepenuh kepercayaan kepada wanita ini yang sebenarnya seorang penipu licik. Mereka ditipu kerana tidak dikurniakan surah Al Khafi untuk mengelak fitnah akhir zaman, kita muslim, 'yang dijamin masuk syurga' bagaimana masih boleh tertipu?

Adakah kita lupa tentang keterlibatan CIA dalam hal ehwal negara-negara yang mereka ada kepentingan, terutamanya kita Malaysia dengan Selat Melaka!


Sementara menanti huru-hara yang akan dibawa oleh Jemaah Gangster, kita tengok video ini yang pernah saya postkan disini dalam posting yang tidak dapat saya cari sekarang. Penting untuk kita semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Selebihnya, mereka sudah dijanjikan Syahid Fisabillilah!


0 comments:

Imran N Hosein

Loading...