Angelina & Orde Baru Dunia

Monday, June 10, 2013


Gadis ini mula dikenali di seluruh dunia kerana bercium mulut dengan adik kandung lelakinya sendiri apabila menang Anugerah Akademi sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk filem 'Girl, Interrupted'. Kejadian spontan itu berlaku sesudah beliau diumumkan sebagai pemenang dan perbuatan mereka itu mendapat banyak kritikan dan tidak kurang juga dengan cemuhan daripada segelintir rakyat Amerika sendiri.  Riuh seminggu dua orang bercakap tentang hubungan songsang adik-beradik tersebut, sehinggakan ada yang menuduh mereka berdua mengamalkan sumbang mahram.  Perbahasan tentang perbuatan mereka berdua dibantah abangnya sendiri, pelakon dan aktivis sosial, James Haven, kerana ianya dikatakan bukan sebuah 'french kiss', sekadar ciuman bibir tanpa membabitkan lidah!

Pada pandangan penulis ini barulah sebuah permulaan, 'buka gelanggang' kepada Orde Baru yang mungkin pada ketika kemenangan itu sudah berura-ura untuk mengangkat seorang wanita seperti Angelina Jolie yang kebetulan juga merupakan seorang ketandusan kasih sayang seorang bapa, juga seorang pelakon terkenal Hollywood pada suatu ketika dahulu, Jon Voight, setelah kedua ibubapanya berpisah. Maka tinggallah wanita ini dengan abangnya itu, yang pernah memuji adiknya itu sebagai seorang wanita yang sempurna. Penulis artikel yang penulis pautkan diatas, menuduh James Haven sebenarnya, telah separa mengaku, bahawa dia menyimpan perasaan romantik terhadap adik perempuannya. Wallahualam.


Kemudiaan beliau melakonkan sebuah filem bersama dengan Antonio Banderas dengan sebuah filem period bertajuk Original Sin yang tidak kurang dengan sins dalam kandungan penceritaannya. Filem ini melonjakkan nama Angelina sebagai seks simbol Hollywood, malah sehingga dewasa ini, Angelina Jolie dianggap sebagai salah seorang pelakon wanita tercantik dunia. Dengan potongan badan menarik. Ditambah pula dengan bibir pouty, seksi kepada lelaki dan wanita, Angelina yang menjadi ikutan wanita-wanita sehingga berbelanja besar berbotox dan melakukan pembedahan plastik untuk mendapatkan, sekurang-kurangnya bibir beliau.

Angelina Jolie sememangnya berbakat besar, ini kita tidak nafikan, malah perlu dijelaskan dengan bakat inilah beliau melakukan tugasan Orde Baru Dunianya dengan baik sekali. Sebelum memenangi anugerah Oskar, beliau telah berjaya memenangi anugerah Golden Globe untuk Gia, sebuah filem yang dibuat khas HBO untuk siaran tv berkenaan dengan Gia Carangi seorang lesbian yang berjaya namun mati pada usia yang muda apabila dijangkiti AIDS melalui jarum suntikan dadah, yang dicemari dengan virus HIV. Walaupun berlakon dengan pelakon bertaraf kelas papan atas di Hollywood, Angelina Jolie masih belum dikenali ramai, pada ketika itu. Namun tidak lama selepas itu, pembabitannya dalam filem Lara Croft: Tomb Raider (yang mempunyai ramai peminat yang terdiri daripada gamers lelaki), filem adaptasi permainan video nombor tiga paling berjaya dalam sejarah Hollywood, berjaya melonjakkan namanya, sebaris dengan nama-nama besar pelakon wanita Hollywood.


Namun kerjaya perfileman Angelina Jolie tidaklah sehebat Nicole Kidman daripada sisi filmografi dan pembawaan watak. Pada tahun 2001 beliau dinamakan sebagai UNHCR Goodwill Ambasador dan dunia, terutamanya bukan peminat filem Hollywood, masih belum cukup kenal dengan Angelina Jolie sehinggalah beliau mula mengambil seorang bayi lelaki berketurunan Cambodia sebagai anak angkat ketika beliau masih bujang, pada tahun 2002. Berita tersebut tersebar diserata dunia dengan menunjukkan sisi dan naluri keibuaan dan kemanusiaan wanita Amerika tersebut. Siapa yang tidak basah alis mata apabila melihat wajah comel Maddox didukung ibu angkatnya. Dua insan daripada dua dunia yang berbeza, Barat dan Timur menjadi diantara pasangan yang banyak diambil gambar, apabila Angelina Jolie juga sering, mengusung anak angkatnya itu ke sana ke mari semasa penggambaran dan sebagainya. Mungkin itu yang tertulis dalam buku manual 'tugasannya'.


Namun cerita dibelakang tabir nun di Cambodia, banyak yang kita tidak tahu sebenarnya. Dan banyak juga yang akan berlaku apabila seorang wanita Amerika datang ke sebuah rumah kebajikan kanak-kanak di Pnom Penh, sebuah bandar antara termiskin dunia ketiga. Dan sememangnya pengambilan Maddox sebagai anak angkat Angelina Jolie tidak lekang daripada kontroversi. Ini didedahkan beberapa tahun selepas proses tersebut berlangsung. Tidak serik dengan itu, Angelina Jolie kemudiaan terus menerus mengambil anak angkat Pax daripada Vietnam dan Zahara daripada Ethiopia.

Selain daripada itu beliau dengan teman lelakinya, aktor terkenal Brad Pitt, dikurniakan anak hasil daripada persekedudukan mereka, Shiloh (yang bermaksud keamanan dalam bahasa bahasa Ibrani dan juga sebuah pekan lama bersejarah) dan pasangan kembar, Knoxs dan Vivienne. Sehingga ada yang di Hollywood memandang sinis dan sering melemparkan jenaka kepada pasangan ini yang mempunyai anak daripada pelbagai pelusuk dunia, Asia, Afrika dan Amerika. Malah ada yang mengatakan pasangan ini sebagai PBB mini.

Sememangnya tulisan bukanlah untuk menidakkan dan menafikan kerja-kerja kemanusiaan Angelina Jolie di Thailand, Myanmar, Afghanistan, Kashmir, Haiti, Namibia, Iraq dan sebagainya. Kerja-kerja amal yang diperlakukan wanita ini sememangnya murni dimata kita. Tetapi kita juga tahu badan amal seperti UNHCR melakukan kerja amal terpilih. Bagaimana pula dengan anak-anak Palestin yang tidak mendapat pembelaan? Adakah Angelina Jolie sanggup untuk melawat penjara-penjara Israel dan berbincang dengan mana-mana wakil kerajaan Israel berkenaan dengan hak mereka. Dan hak pelarian Palestin yang mengjangkau jutaan di seluruh dunia? Jadi kita sentiasa melihat gerak kerja ini sebagai ada udang disebalik batu. Adakah tugasan yang diperlakukan ikhlas daripada sifat keibuaan dan kewanitaan beliau sendiri atau sekadar mengikut telunjuk Rain Man yang memberikan rezeki?

Kenapa Sangsi Angelina Jolie



Masihkah kita semua ingat akan Kony 2012? Lelaki yang bernama Joseph Kony dijadikan budak poster untuk kempen menentang ekplotasi kanak-kanak dalam peperangan. Joseph Kony pemimpin kepada militia ketenteraan Lord's Resistance Army atau LRA yang kononnya menggunakan askar kanak-kanak untuk berperang di beberapa kawasan di seperti di bahagian Tengah Afrika.  Filem yang dimuatkan di Youtube menjadi viral sehinggalah laman web rasmi kempen tersebut crash kerana tidak dapat menampung jumlah trafik yang memuncak pada suatu ketika.

Kempen itu boleh dikatakan berjaya terutamanya di Amerika Syarikat dengan pembabitan ramai selebriti Hollywood termasuk Angelina Jolie yang pada tahun 2007 sudah pula menjadi ahli kepada Council For Foreign Relations yang banyak terlibat secara terus dalam mencorakkan gerak kerja Orde Baru Dunia. Semakin jelas kelibat sebenar wanita ini.

Kony 2012 pada kemuncaknya boleh dikatakan berjaya kerana penguasaan media social seperti facebook, twitter dan youtube untuk menyampaikan sebuah penipuan sehinggalah pada satu ketika, apabila umum semakin sangsikan kempen ini, apabila satu-persatu fitnah berjaya dibongkarkan ramai yang dicelikkan Ar Rahman.

Kempen ini sendiri pernah dilabel oleh LRA sebagai 'sebuah gerak kerja murahan dan picisan untuk menipu khalayak ramai dunia, yang jahil, untuk menghalalkan operasi pembunuhan beramai-ramai Amerika Syarikat ke atas masyarakat Afrika Tengah'. Alex Jones juga mengecam tindakan ini sebagai satu lagi penipuan terancang Global Elites! Anda boleh tonton video dan lihat sendiri bagaimana Alex Jones menelanjangkan Angelina Jolie dengan pembabitan jahat beliau di Libya dan juga Syria!


Diatas semua ini. Dengan legasi penipuan demi penipuan, adakah kita akan terbeliak mata dan kagum apabila Angelina Jolie memotong payu dara beliau sendiri? Berilah apa saja alasan niat murni atas perbuatan itu. Penulis tidak berpendapat yang beliau melakukan semua ini, atas dasar tidak mahu mati kerana sakit barah, atau kerana mahu hidup lebih lama untuk anak-anaknya yang ramai itu. Beliau juga tidak melakukan ini kerana teringatkan ibunya dan makciknya yang meninggal disebabkan barah.

Penulis ini menekankan dan berhipotesis yang beliau melakukan kerana Global Elites mahu beliau berbuat sedemikian.  Global Elites mahu mengajar manusia ramai, 'kambing atau bebiri peliharaan', bagaimana untuk melawan takdir. Bagaimana kita sebagai manusia tidak perlu percaya kepada ketentuan Allah yakni Qada'dan Qadar. Bagaimana kita sebagai manusia tidak perlu berdoa, dan berdoa lagi, lalu menyerah diri (total submission dan subjugation) kepada Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang! Mereka ingin mengajar kita supaya sombong, dengan Rabbulalamin,  macam Iblis Laknatullah.

Mereka mahu mengajar kita untuk berfikir 'knee jerk', dengan mantik dumbing down-genetik aku ada thread barah, maka aku akan buang payudara ini. Kaki aku sering sakit, maka potong kaki. Mereka mahu kita semua jadi bodoh macam zombie yang tidak berakal. Saya hairan kenapa beliau tidak buang rahim sekali kerana ibunya mati disebabkan barah ovari. Nampaknya Angelina Jolie masih boleh berfikir panjang. Dan nampaknya, cukuplah sekadar mebuang payu dara, beliau tidak perlu buang semua, atau potong kepala macam cadangan saudara Imran Haaz, yang ada benarnya, jika mengikut mantik zombie mereka!

Global Elites ingin mengajar kepada khalayak ramai dunia dengan mempergunakan status selebriti Angelina Jolie, kerana status itu membolehkan beliau mendapat liputan meluas di seluruh dunia termasuk negara-negara dengan penduduk Islam seperti kita. Jika ianya dilakukan oleh seorang perempuan biasa di Sao Paolo contohnya, tentulah tidak akan mendatangkan impak yang lebih besar. Jadi asuhan mereka supaya kita membelakangkan Allah dan mengisytiharkan perang kepada Allah, sama seperti Iblis Laknatullah, Dajjal dan konco-konconya. Mereka ingin kita sebagai manusia, berfikir 'aku berhak secara total kepada perjalanan hidup aku dan tiada siapapun, waima Allah (pada pandangan mereka) dapat berbuat sebaliknya'. Samalah seperti mereka mengajar wanita-wanita muslim membelakangkan wali dan waris mereka dalam kehidupan seharian mereka. Sekarang mereka up the ante dengan mengajak kita semua membelakangkan Maha Suci Allah secara total! Mereka seakan-akan lupa (penulis berpendapat sebaliknya), bahawa yang menggerakkan selangkah pergerakkan mereka itu pun ialah Allah, Tuhan Sekian Alam.


Namun kepada penulis, perbuatan Angelina Jolie bukanlah satu kejutan (begitu juga dengan Lady Gaga yang menanam sesuatu di kiri kanan dahinya supaya kelihatan seperti bertanduk, ala Iblis) kerana kita tahu dan sedar akan gerakan ini yang mahu menghasilkan super manusia seperti yang digambarkan dalam banyak filem Hollywood seperti X-men, Iron Man dan paling terkini sekali ialah The Man of Steel, cerita superman yang bakal menemui penonton dalam sehari saja lagi. Cerita ini sudah lama, malah dikatakan semasa Nazi lagi projek ini sudah bermula, apabila Nazi dengan mimpi basah mahu menghasilkan semula Bangsa Aryan yang dikatakan superior ke dalam sususnan masyarakat Jerman supaya dapat menjadikan Jerman dan Nazi khasnya sebagai gerakan yang kuat dan mungkin juga yang terkuat untuk memperluaskan idelogi mereka. Kesatuan Soviet satu ketika dahulu juga pernah terkenal dengan Kremlin Pills yang diberikan kepada pemimpin mereka yang kononnya dapat memanjang umur.

Amerika Syarika, gergasi  industrialis pada suatu ketika dulu, juga pernah memilih untuk mengurung manusia-manusia yang mempunyai genetik inferior semasa Revolusi Industri mula bertapak di negara tersebut. Dikhabarkan mereka-mereka yang mempunyai ahli keluarga yang cacat fizikal atau yang menunjukkan sifat-sifat inferior akan ditahan dalam pusat tahanan ala pusat tahanan kusta di Pulau Jerjak. Sebuah negeri di Amerika Syarikat, iaitu Virginia pernah memandulkan seorang wanita Carrie Buck kerana mempunyai genetik yang inferior. Sesuatu kaum dan keturunan, juga, selalunya, keturunan asiatics atau pribumi, diasingkan supaya gene tersebut tidak dipercambahkan ke dalam masyarakat yang meletakkan American Dreams menjadi kenyataan.


Projek Eugenics masih berjalan dengan tujuan untuk menghasilkan sekumpulan manusia super supaya dapat bekerja untuk kesejahteraan Global Elites.  Manusia mungkin akan dikelaskan kepada beberapa kelompok seperti yang pernah disusun atur oleh Manusmirti. Golongan Tentera atau Pahlawan, Golongan Pekerja, bekerja mengikut telunjuk Global Elites. Rockefeller Foundation yang mempunyai berbillion dana dikatakan menaja gerakan ini. Gerakan ini nampaknya tidak akan berkesudahan dan diteruskan lagi oleh beberapa tokoh terkenal dunia. Nampaknya dengan perlakuan Angelina Jolie tersebut gerakan ini sudah masuk tujahan gear yang lebih tinggi.


Namun adakah kita sedar bahawa perbuatan ini juga akan membelakangkan hak suami. Mungkin kita tidak perlu risau tentang Brad Pitt yang bersekedudukan dengan Angelina Jolie dan tidak berhak ke atas tubuh dan dirinya.  Tetapi bagaimana pula dengan hak seorang suami jika si isteri memilih untuk mengikut jejak Angelina Jolie? Bagaiman dengan suami yang tidak berkemampuan untuk berpoligami, seperti lelaki muslim yang lain? Tidak beliau mempunyai hak untuk menikmati apa yang telah dihalalkan kepada beliau? Apa akan jadi jika beliau berfikir yang isterinya tidak lagi mengiurkan seperti selalu tanpa buah dada. Mungkinkah beliau akan meniduri wanita lain yang lebih seksi kini? Jika itu berlaku bagaimana? Bukankah perkahwinan itu untuk mengelakkan maksiat, tetapi disebabkan perbuatan sombong seorang wanita (jika menjadi ikutan) kaum adam menjadi tidak keruan. Sememangnya ini semua semata-mata mahu mengajar wanita muslim dan bukan muslim untuk membelakangkan perkongsian hidup yang diamalkan pasangan-pasangan di seluruh dunia. Mungkin juga untuk tidak memberi makna kepada institusi rumah tangga itu sendiri!

Dan bagaimana pula jika seseorang wanita itu melahirkan anak dan bagaimanakah pula hak bayi tersebut untuk mendapatkan hak kepada susu yang terbaik dalam dunia, yakni susu ibu? Tidak bayi itu mempunyai hak yang sama seperti manusia-manusia lain? Adakah bayi mempunyai hak yang kurang dikalangan masyarakat moden barat? Bukankah kita muslim berpendapat bahawa semua manusia dan makhluk Allah subhanawataala itu sama tarafnya disisi Allah, kecuali amal ibadat mereka yang membezakan mereka?! Jadi adilkah jika bayi tersebut dinafikan hak untuk mendapat susu ibu? Bolehkah kita nampak konsep berserah kepada Allah dan bersangka baik kepada Allah seperti yang telah diajarkan kita oleh junjungan besar kita Rasulullah salallahualaihiwassalam?


Sebaliknya, adakalanya penulis juga merasakan bahawa semua ini adalah penipuan semata-mata. Angelina Jolie tidak melakukan pembedahan buah dada seperti yang diwar-warkan beliau ke seluruh pelusuk dunia sama seperti penipuan beliau tentang Joseph Kony sehinggalah kepada proses pengambilan Maddox sebagai anak angkat! Tetapi yang pasti sebagai seorang agen Dajjal dengan melakukan semua ini, termasuk dengan penipuan terbaru ini, Angelina Jolie tentulah mendapat imbuhan tebal daripada kempen beliau untuk menggesa wanita melakukan double mastectomy setelah berbelanja besar dalam melakukan ujikaji genetik daripada satu-satunya syarikat di dunia Myriad Genetics!

2 comments:

Imran Haaz said...

Assalamu'alaikum w.b.t. tuan,

Cover Time itu sendiri sudah mempotretkan Angelina dgn mata sebelah..

islam1st said...

Waalaikumsalam Tuan, saya sememangnya tidak perasan, ya tak ya juga...

Imran N Hosein

Loading...