Hegemoni AS di Asia Tersungkur di Malaysia-Tony Cartalucci-Bahagian Ketiga

Saturday, June 1, 2013
sambungan Hegemoni AS di Asia Tersungkur di Malaysia-Tony Cartalucci-Bahagian Kedua


Kagan menambah:

Hakikatnya, debat sama ada kita harus atau tidak harus mengekang kemaraan China adalah satu perbuatan yang kurang cerdik. Kita sememangnya sudah mengekang kemaraan China,-walaupun tidak selalu dan tidaklah selalunya berjaya, namun cukup untuk membuatkan pemimpin-pemimpin China marah dan menjadi batu penghalang kepada cita-cita mereka. Apabila China menggunakan cara ketenteraan dan menguji peluru berpandu balistik pada bulan Mac lalu untuk menakut-nakutkan para pengundi Taiwan, AS bertindak balas dengan menghantar Seventh Fleet. Dengan menunjukkan kekuatan pertahanan, AS membuktikan kepada Taiwan, Jepun dan lain-lain sekutu di Asia, peranan kita sebagai benteng pertahanan ketenteraan di kawasan serantau tidak berkurangan seperti yang dirisaukan mereka. Oleh itu, sebagai tindakbalas kepada pertunjukkan kekuatan perang China, gerak kerja mengekang China menjadi lebih jelas dan diperketatkan.


Gambar Rajah Tambahan Oleh islam1st.org

China yang baharu menekankan bahawa Amerika Syarikat perlu menerangkan kepada China bahawa tujuannya hanyalah, seperti yang ditulis (Robert) Zoelick, untuk menghalan "dominasi di Asia Timur oleh mana-mana kuasa atau kumpulan yang bermusuhan dengan AS." Perjanjian kami dengan Jepun, Korea Selatan, Filipina, Thailand dan Australia dan kewujudan tentera laut dan tentera kami di kawasan serantau hanyalah untuk mengekalkan keamanan serantau dan bukannya kekangan ketenteraan yang agresif.

Tetapi China memang amat memahami keperluan kita, adakalanya lebih baik daripada kita sendiri. Mereka sememangnya menghargai kehadiran ketenteraan AS bagi memantau Jepun, sebuah negara yang paling ditakuti mereka, mereka dapat melihat dengan jelas bahawa kewujudan ketenteraan Amerika dan melalui usaha diplomatik di kawasan serantau amat menyukarkan mereka untuk memperluaskan pengaruh. Mengikut Thomas J. Christensen yang meluangkan beberapa bulan masa untuk menemuramah tentera China dan juruanalisa-juruanalisa awam, para pemimpim China risau jika mereka nanti menerima nasib yang sama seperti Gulliver kepada Liliputians Asia Tenggara dengan tali dan kepentingan disediakan oleh Amerika Syarikat."

Sememangnya, Amerika Syarikat telah berjaya mengekang kemaraan China dengan apa yang kita panggil sebagai pelakuan mengikut "norma-norma antarabangsa". Christensen ada menegaskan bahawa pemikir-pemikir strategik China berpendapat bahawa "komplen tentang pencabulan norma-norma antarabangsa oleh China" merupakan salah satu daripada cara "terancang Barat, yang diketuai oleh Washington, mengekang China daripada menjadi sebuah kuasa besar."

Apa yang diperkatakan oleh Kagan ialah mengekalkan nama baik Amerika Syarikat di seluruh Asia dan mengeluarkan sebuah strategi ketegangan untuk memecah-belahkan dan mengekang mana-mana tampuk kuasa tunggal vis a vis hegemoni Wall Street dan London. Kagan menambah:

Perubahan kepada urusan dalam dan luaran Kesatuan Soviet pada lewat 1980an sebenarnya hasil daripada sebahagiannya strategi Amerika yang boleh dikenali sebagai "integrasi melalui kawalan dan tekanan untuk melakukan perubahan."

Strategi tersebut patut diperlakukan kepada China kini. Selagi China mengekalkan corak pemerintahannya kini, republik tersebut tidak dapat berintegrasi dengan orde antarabangsa. Bagi pemimpin-pemimpin China kini, amatlah berisiko tinggi untuk tunduk kepada kehendak kita-namun keengganan kita untuk memaksa mereka mengikut telunjuk kita adalah terlalu berisiko tinggi dan sememangnya tidak sihat untuk orde antarabangsa. Amerika Syarikat tidak boleh dan tidak patut bersedia untuk melanggar orde antarabangsa dengan percaturan yang salah bahawa dengan memberikan ruang merupakan cara yang terbaik untuk mengelak daripada berkonfrontasi dengan China.

Kita sepatutnya tegas dan bekerja untuk memastikan berlakunya perubahan politik di Beijing. Dengan memperkasakan kekuatan ketenteraan kita di kawasan serantau, memperbaiki hubungan sekuriti kita dengan negara sahabat dan sekutu, dan menyatakan dengan jelas bahawa kita akan bertindak-balas, dengan kuasa ketenteraan jika perlu, apabila China mempergunakan intimidasi ketenteraan ataupun pencerobohan untuk mencapai cita-cita serantaunya. Ini juga bermakna bahawa kita tidak akan berjual-beli dengan Ketenteraan China samaada melalui syarikat yang dimiliki atau dikerjakan oleh tentera. Sememangnya ini juga bermakna kita kena berani untuk mengenakan sekatan-sekatan sekiranya kita dapato China terlibat dalam memperkasakan senjata nuklear.

Strategi pengekangan yang berjaya memerlukan kita mempertingkatkan, bukannya mengurangkan, kebolehan sistem pertahanan kita. Eyre Crowe pernah memberi amaran pada tahun 1907 yang berbunyi "semakin kita bercakap untuk melihat sisi ekonomi dalam proses persenjataan kita, semakin yakin pihak Jerman untuk berfikir bahawa kita sudah berputus asa dan mereka akan mencapai kemenangan dengan terus berusaha." Hari ini, persepsi tentang penurunan dalam gerak kerja memperkasakan sistem pertahanan kita semakin mendapat perhatian China. Pada tahun 1992, dokumen yang berlegar dalam kerajaan China mengatakan " kekuatan Amerika sedang menurun secara relatif dan kemampuannya semakin terhad." Pandangan ini hendaklah diubah secepat mungkin.

akan bersambung...

0 comments:

Imran N Hosein

Loading...