Hegemoni AS di Asia Tersungkur di Malaysia-Tony Cartalucci-Bahagian Terakhir

Saturday, June 8, 2013
sambungan Hegemoni AS di Asia Tersungkur di Malaysia-Tony Cartalucci-Bahagian Ketiga

Pandangan Kagan tentang perlunya AS "bertindak-balas" dengan perluasan pengaruh China dapat dilihat dengan jelas hari ini melalui beberapa siri konflik yang membabitkan proksi AS seperti Jepun, Filipina dan juga konflik di antara Korea Utara dan Korea Selatan, malah bibit-bibit ini sudah mula kelihatan di Myanmar.  Kerajaan negara-negara terbabit menyerah bulat-bulat kepada kepentingan AS dan dengan bangganya pula mahu memainkan peranan sebagai proksi AS, walaupun perbuatan tersebut hanya akan merugikan rakyat sendiri, bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Untuk mengukuhkan ini AS perlu melibatkan Asia Tenggara, memperkenalkan rejim proksi, dan seperti biasa akan menggunakan tenaga dan rakyat mereka untuk melawan China.

Pada tahun 2011, Setiausaha Negara pada ketika itu, Hillary Clinton memperlihatkan rangka kepada konspirasi 1997 Kagan. Beliau menulis dalam majalah Foreign Policy, sebuah naskah bertajuk, "Abad Pasifik Milik Amerika" yang mana dengan jelas beliau menyatakan:


Dalam masa 10 tahun akan datang, kita perlulah bijak dan terurus dalam kita melaburkan masa dan tenaga kita, supaya kita dapat meletakkan negara kita dalam keadaan yang terbaik untuk mengekalkan tampuk kuasa, menjaga kepentingan kita dan mengetengahkan nilai-nilai kita. Salah satu tugas yang paling penting dalam gerak kerja tataurus Amerika ialah untuk memastikan peningkatan pelaburan kita dengan ketara dalam bidang-bidang seperti diplomatik, ekonomi, kepentingan strategik dan lain-lain yang berkaitan di rantau Asia Pasifik.

Untuk "mengekalkan tampuk kuasa", "menjaga kepentingan kita" dan "mengetengahkan nilai-nilai kita" sememangnya sebuah kenyataan yang mendambakan perluasan hegemoni, dan memperlihatkan keperluan cita-cita AS untuk "mempertingkat pelaburan secara ketara", termasuk dalam membeli pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik pembangkang di Malaysia, supaya mengabdikan diri kepada kepimpinan AS, kepentingan dan "nilai-nilai", bukan dalam persempadanan AS, tetapi di luar dan khususnya di seluruh Asia.

Clinton menyambung:

Pada masa rantau ini sedang membangunkan pengukuhan pertahanan dan ekonomi untuk menggalakkan kestabilan dan kemakmuran, komitmen penglibatan AS amatlah diperlukan. Kita perlu terlibat dalam membangunkannya dan kita akan dibayar dividen untuk ini dalam bentuk penyambungan kepimpinan Amerika sehingga ke akhir abad ini, sama seperti apa yang telah kita kerjakan selepas Perang Dunia Kedua apabila kita berjaya memperbangunkan rangkaian perhubungan transatlantik yang mana kita telah dibayar dengan berlipat kali ganda dan sememangnya ia masih menguntungkan kita.


"Rangka Arkitek" yang dimaksudkan ialah blok supranasional ASEAN-dan sekali Clinton mengesahkan bahawa komitmen AS kepada proses ini bukanlah untuk memajukan Asia, sebaliknya untuk mengekalkan hegemoninya di kawasan serantau, dan di seluruh dunia.

Clinton kemudiaan dengan terbuka pula mengaku bahawasanya AS mahu mempergunakan pertumbuhan ekonomi Asia:

Mengembleng pertumbuhan ekonomi Asia dan dinamisme serantau adalah penting kepada pembangunan kepentingan ekonomi dan strategik Amerika dan ianya menjadi keutamaan kepada Presiden Obama. Pasaran terbuka di Asia membuka peluang yang tidak pernah ada sebelum ini untuk Amerika memperluaskan pelaburan, perdagangan, dan akses kepada teknologi canggih. Pemulihan ekonomi negara kita amat bergantung kepada ekspot ke Asia dan kebolehan syarikat-syarikat kita dalam meneroka dan memenangi hati pengguna yang amat luas dan berkembang di Asia.

Semestinya tujuan ekonomi ialah untuk memenuhi keperluan mereka yang tinggal di dalamnya. Ekonomi Asia sepatutnya memenuhi keperluan dan kepentingan Asia. Bukannya untuk mengukuhkan hegemoni sebuah negara yang terletak di sebelah Pasifik yang satu lagi. Penulisan Clinton bolehlah dianggap serupa kembar kepada deklarasi King George dan niatnya untuk mengosongkan Dunia Baru.

Dan sesebuah empayar tidak akan lengkap tanpa mengabsahkan sebuah pos ketenteraan pada wilayah baru yang dituntutnya, jelas Clinton:

Dengan ini, dasar gerak kerja kita digariskan kepada 6 bahagian: mengukuhkan pakatan keselamatan dua hala, memperkemaskan hubungan kerja dengan kuasa-kuasa baru, termasuk China: meningkatkan dalam perhubungan pelbagai hala serantau, memperluaskan perdagangan dan pelaburan, mengadakan kerjasama ketenteraan dengan lebih meluas di kawasan serantau, memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia.

Dan sudah semestinya apabila Clinton bercakap pasal "memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia", Clinton bermaksud dengan meneruskan penyaluran dana kepada faux-NGO yang secara tidak ikhlas memperjuangkan hak asasi manusia dan demokrasi untuk melemahkan secara politik, pihak kerajaan dalam usaha mereka untuk menaikkan dan melantik proksi rejim yang akan tunduk kepada telunjuk mereka.


Karya ini sememangnya panjang, dan apabila sesetengah daripada pembaca hanya memilih untuk membaca kenyataan Clinton yang lebih buruk dan bersifat imperialistik yang melampau, niat sebenar Amerika di Asia boleh dilihat dengan jelas kini, apabila Amerika dengan sengaja menggalakkan pertembungan provokasi antara Korea Utara dan Korea Selatan, peningkatan kepada pertembungan China dengan kedua-dua negara proksi Amerika, yakni Jepun dan Filipina, dengan perusuh-perusuh yang memenuhi jalan-jalan di Malaysia untuk menterbalikkan keputusan pilihanraya yang gagal dimenangi oleh proksi Amerika-Anwar Ibrahim.

Pilihanraya Yang Bersih dan Adil?

Walaupun Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat pimpinan beliau dan Bersih sering melaungkan tentang "sebuah pilihanraya yang bersih dan adil", realitinya, tuduhan kepada penipuan pilihanraya sudah bermula lebih awal sebelum pilihanraya lagi. Ini bukanlah kerana parti pembangkang pimpinan Anwar mempunyai bukti kepada penipuan pilihanraya, tetapi semata-mata mahu menanamkan rasa sangsi kepada khalayak ramai sebelum pilihanraya lagi supaya nanti orang ramai akan mudah mempercayai tuduhan-tuduhan penipuan dalam pilihanraya, bagaimanapun keputusannya nanti.

Pada satu ketika semasa pilihanraya sedang berlangsung, sebelum kertas undi dikira, Anwar Ibrahim sudah mengumumkan kemenangannya-satu perbuatan yang provokatif, berbahaya dan tidak bertanggungjawab pada pandangan ramai penganalisa serantau. Sudah tentulah tidak ada bukti untuk mengatakan Anwar telah menang apabila undi masih belum habis dikira. Sekali lagi ini dilakukan untuk memanipulasi orang ramai dan mempersediakan pentas untuk Anwar mencabar keputusan pilihanraya-dengan perusuh dan keadaan huru-hara tipikal dengan revolusi warna yang didukung oleh Barat.

Kita semua perlu bertanya diri sendiri, dengan mengambil kira pendukung-pendukung Anwar, tujuan sebenar pendukung-pendukung tersebut ke atas Asia seperti yang telah mereka nyatakan, dan perlakuan tidak bertanggujawab dan tidak berasas sebelum, semasa dan selepas pilihanraya-apakah semua ini "bersih dan adil"?

Anwar Ibrahim adalah seorang penipu, seorang proksi kepentingan asing. NGO satelitnya, termasuk Bersih, dibiayai secara terbuka oleh pembiaya asing, dan begitu juga dengan Merdeka Center yang melabelkan organisasi mereka sebagai "bebas" walaupun sebenarnya menerima dana daripada kerajaan asing. Sememangnya sebuah organisasi licik yang menipu mereka-mereka yang berniat baik melalui pemasaran licik, sama seperti syarikat-syarikat pengeluar rokok.

Seperti juga syarikat pengeluar rokok yang berjaya menjual kepada jutaan manusia, satu bentuk hukuman mati yang menyakitkan dan memalukan yang membunuh secara perlahan-lahan, dengan membangkrapkan mereka dan memecahkan nilai-nilai kerohanian mereka sebelum benar-benar membunuh mereka, Anwar pemimpin pembangkang yang didukung AS, jual sedang menjual kepada rakyat Malaysia sebuah kematian yang perlahan, menyakitkan dan amatlah memalukan. Malangnya juga, sama seperti rokok, mereka-mereka yang berniat baik gagal untuk mendapatkan fakta-fakta sebaliknya terpedaya dan terpengaruh dengan teknik pemasaran, gimik, slogan, helah sebuah mesin propaganda yang sangat berkesan dan licik.

Untuk kebodohan itu, rakyat Malaysia akan terpaksa membayar harga yang mahal-tetapi bagi Anwar dan parti pembangkang pimpinannya, hari ini, mereka sudah kalah dalam pemilihan pilihanraya, tetapi 'cat murah' "promosi demokrasi" Amerika, dengan cepat mengelupas. Buat masa ini, Amerika sudah terngadah, dalam usahanya untuk memperluaskan hegemoni ke atas Asia, dengan kerajaan Malaysia boleh menjadi model untuk diajarkan kepada negara-negara serantau, sekiranya mereka berminat tentang bagaimana untuk mengekalkan kedaulatan dan memperoleh kemajuan secara bebas, tidak kiralah samaada ianya tidak sempurna dan tidak pula cepat.



diterjemahkan sepenuhnya daripada artikel nukilan Tony Cartalucci yang bertajuk US "Pivot" Towards Asia Trips In Malaysia.

2 comments:

Imran Haaz said...

Terima kasih atas effort yg bukan kecil dalam kekangan kesibukan kehidupan..

Sekurang2nya org2 melayu Islam tiada alasan bahawa mrk tidak memahami Bahasa Inggeris untuk menyiasat dan mendapatkan maklumat mengenai gerakan ini.

Upah tuan, In Sya Allah dibayar dgn harga mahal oleh Allah nanti di akhirat bergantung kepada niat dan apa yg telah dikorbankan utk Allah.

Di sini tempat berkorban dan bersusah, akhirat nanti tempat menerima upah. Ia dinanti bg mereka yg bercakap mengenai masa depan dgn merujuk negeri akhirat itu sendiri sebagai masa depan dan bukan dunia.

islam1st said...

Terima Kasih atas doa. InsyaAllah sama2 kita mengharap redhaNya.

Imran N Hosein

Loading...