Michael Hastings Mati Langgar Pokok!

Thursday, June 20, 2013


Orang Melayu banyak menggunakan kiasan dan peribahasa kerana sedar dan tahu bahawasanya kebenaran itu sukar diterima umum. Kebenaran sekalipun sudah terang lagi bersuluh sememangnya tidak digemari ramai orang, terutamanya mereka yang berkepentingan. Apatah lagi apabila kena batang hidung merekka sendiri. Makalah benarlah pendapat orang Melayu yang disebabkan itu berusaha untuk meninggalkan sebanyak mungkin peribahasa dan kiasan kepada bangsanya, supaya menjadi peringatan supaya tidak mudah kecundang ditengah jalan.

Michael Hastings pernah memenangi anugerah kewartawanan kerana berjaya mendedahkan seribu satu salah  laku, terutamanya Jeneral Stanley A. McChrystal yang dilabelkan sebagai hashashin (pembunuh upahan) di Afghanistan melalui artikelnya The Runaway General. Kesudahannya Jeneral tersebut dipanggil ke White House dan ditukarkan disebabkan oleh skandal yang dimulakan oleh penulisan Hastings. 

Penulisan terperinci beliau tentang Jeneral tersebut diperjelaskan dalam bukunya The Operators yang mana beliau memperkenalkan terma baru Media Military Industrial Complex, untuk menggambarkan media-media yang dikawal oleh mereka yang pro perang yakni kapitalis prasarana ketenteraan yang kaya dan berkuasa. Washington dan Wall Street sememangnya bersekongkol untuk hegemoni Orde Baru Dunia. Buku tersebut menjadi New York Times Bestseller Lists dan beliau dilabel Huffinton Post sebagai seorang wartawan Game Changer 2010.


Melihat kepada video di atas penulis tertanya sendiri, adakah beliau sedang memecut kerana melarikan daripada seseorang atau lebih daripada seseorang atau daripada sesuatu? Mungkinkah kereta berkomputer kita dewasa ini boleh dikawal oleh sebuah kawalan canggih jarak jauh dengan bantuan satelit dan seterusnya menidakkan pengawalan pemandu yang sedang berada di kerusi pemandu? GPS Enabled mungkin tidak terhad kepada kawalan GPS sahaja? Perhatikan juga lelaki latin yang 'tidak faham' bahasa Inggeris tetapi masih mahu menceritakan apa yang berlaku, walaupun ada ketikanya beliau mengaku tidak melihat kemalangan tersebut?

Beberapa jam lalu, lelaki ini yang sangat kritikal tentang penjajahan di Iraq dan penjajahan di Afghanistan dan yang sering mendedahkan betapa batilnya penjajahan tersebut supaya rakyat Amerika Syarikat dan Dunia amnya, sedar dan melakukan sesuatu untuk mematikan semua ini, mati melanggar pokok! Dan untuk kesekian kalinya, kita kehilangan jiwa-jiwa baik, yang ikhlas dan bercakap benar atas nama kebenaran dan kemanusiaan itu sendiri (yang sememangnya kurang dikalangan ramai Muslim kini, peringatan kepada penulis juga). Beliau yang pernah kehilangan tunang di Iraq sempat mengabadikan buku I Lost My Love In Baghdad: A Modern War Story yang sememangnya banyak mempengaruhi pandangan beliau tentang kekejaman perang dan penjajahan, dengan pengalaman kerusi depan. Biar apapun motivasi beliau, yang penting beliau banyak dan berjaya mendedahkan kebobrokan penjajahan Orde Baru Dunia, dan hari ini sekali lagi suara itu 'didiamkan'.

Tentunya kita masih belum lupa akan kata-kata George Bush Jr 'jika anda tidak bersama kami bermakna anda bersama dengan musuh kami!" dan dengan pemikiran sebegitu tidak hairanlah lelaki seperti Michael Hastings adalah musuh mereka no 1, sekurang-kurang satu daripada yang ramai. Amerika Syarikat dan CIA tentunya, gemar melabel sesiapa saja public enemy no 1 sekiranya kita tidak menyokong mereka dalam peperangan mereka untuk mengatur Orde Baru Dunia.

Lihat saja bagaimana panas berapi mendiang Hastings dalam temuramah beliau dengan Piers Morgan berkenaan dengan seorang lagi jeneral perang Amerika Syarikat, Jeneral David Petraeus yang didedahkan beliau sebagai seorang pengadu-domba keganasan di Iraq dengan melaga-lagakan puak-puak bertelagah di Iraq dan memberikan mereka bekalan senjata supaya mereka berperang dan berbunuhan sesama sendiri.


Mendiang Hastings juga pernah mendedahkan kepada dunia bahawasanya Presiden Obama, yang bertanding di atas tiket Ubah dan dengan janji untuk memanggil pulang semua askar-askar Amerika Syarikat daripada tempat-tempat panas dan bergolak dunia, sebenarnya telah mempertingkatkan perbelanjaan perang di Afghanistan sebanyak tiga kali ganda!

Michael Hastings boleh saja dibunuh sesiapa saja yang tidak sukakan beliau seperti yang didedahkan oleh laman sesawang ini. Kejadiaan pelik, seperti yang anda boleh baca dan lihat videonya disana, didambakan oleh penulis laman tersebut sebagai perlu disiasat dengan cara mendalam, namun dengan kematian Michael Hastings, investigative journalism sebaik beliau mungkin hanya akan dapat dilakukan oleh beliau sahaja. dan harapnya ini bukan satu lagi episod yang pernah dilalui Aaron Swartz, si genius yang 'bunuh' diri. Hanya Allah, Tuhan Sekalian Alam yang tahu perkara sebenar yang berlaku. Demi Masa, Manusia Sememangnya Dalam Kerugiaan. Akan adakah apa-apa daripada kita di Malaysia dapat belajar daripada insiden ini?



0 comments:

Imran N Hosein

Loading...