Edward Snowden 'Amerika Syarikat, negara perisikan paling berkuasa!'

Friday, July 5, 2013


Susuk ini merupakan lelaki yang memilih untuk berhenti daripada menjalani sebuah hidup yang selesa bekerja dengan National Security Agency di Hawaii apabila memilih untuk memecahkan tembelang negaranya sendiri dan ketika ini menjadi pelarian disebabkan oleh perbuatannya itu. Walaupun mendapat pujian dan juga kecaman, malah Ban Ki Moon sendiri mengecam, beliau nekad untuk melakukan apa yang difikirkan betul.

Dalam temuramah dibawah beliau menerangkan kenapa beliau memilih untuk tidak duduk diam dan memilih untuk mendedahkan pengintipan yang dilakukan Amerika Syarikat ke atas rakyatnya. Beliau mengaku sememangnya bukan mudah untuk beliau melakukan perkara tersebut, malah sedar akan keselamatan peribadinya semestinya terancam.

Amerika Syarikat mempunyai banyak negara proksi yang boleh digunakan untuk menangkap atau membunuhnya. Malah kata beliau lagi, CIA juga boleh mengupah kongsi gelap untuk melakukan kerja tersebut, namun sebagai manusia beliau tidak dapat lagi untuk duduk diam dan melihat kekejaman yang dilakukan oleh negaranya sendiri terhadap rakyatnya yang tidak bersalah.




0 comments:

Imran N Hosein

Loading...