Morsi, Arab Spring & Washington

Wednesday, July 10, 2013


Penulis dan seorang sahabat yang juga seorang blogger dan novelis terkenal, mencemuh apabila berlakunya fenomena 'Arab Spring' kerana tahu ianya juga merupakan satu lagi projek batil Amerika Syarikat seperti lain-lain projek yang bertujuan untuk ber-rekonstruksi lanskap politik dunia Arab mengikut acuan Orde Baru Dunia. Tidak lebih daripada itu. Walaupun ketika itu dunia Islam seakan bergembira dengan perkembangan yang melanda negara-negara Arab yang rata-rata diperintah oleh rejim kuku besi tajaan Amerika Syarikat seperti mantan Presiden Mesir Hosni Mubarak.

'Arab Spring' dimulakan di Tunisia, apabila seorang pemuda marhaen membakar dirinya sendiri sebagai tanda protes kepada ketidakadilan dalam sistem sosial di negara tersebut yang sangat mengekang pemuda sepertinya yang mahu mencari rezeki. Rasuah yang melampaui batas sehinggakan hampir kesemua perniagaan dimonopoli oleh pemerintah dan keluarga terdekatnya membawa kejatuhan kepada pemerintahan  Presiden Ben Ali yang kini terpaksa hidup dalam buangan di Arab Saudi.


Seperti api yang marak ditiup angin, 'Arab Spring' menjengah Mesir, Bahrain, Libya, Yemen, Syria, Maghribi dan Arab Saudi sendiri walaupun berjaya dikekang daripada menjatuhkan keluarga Saud yang sememangnya sekutu kuat Amerika Syarikat sendiri. Sila lihat gambar rajah di bawah untuk gambaran yang lebih jelas. Sumber Wikipedia.


Genap dua bulan pemerintahan Mohamed Morsi, salafi Ikhwanul Muslimin yang diwar-warkan sebagai jawapan baru kepada rakyat Mesir dengan pemerintahan yang lebih Islami menyimpang jauh daripada sekularisme yang dibawakan oleh Hosni Mubarak, digulingkan oleh Tentera Mesir dengan Washington bermain wayang mengatakan mereka terkejut dengan perkembangan tersebut. Perlukah kita meletakkan kredibiliti kepada sebuah negara penaja keganasan seperti Amerika Syarikat? Masih adakah dikalangan kita Muslimin yang diingatkan Allah subhanawataala supaya berhati-hati dengan golongan Nasrani dan Yahudi yang sememangnya tidak senang dengan Muslim dan Islam khasnya? Sikap baling batu sembunyi tangan Amerika Syarikat dapat dilihat apabila mereka enggan mengakui bahawa rampasan kuasa tentera telah berlaku di Mesir!


Jadi masihkah ada diantara kita yang masih mahu mempercayai bahawasanya 'Arab Spring' merupakan gerakan rakyat marhaen menentang pemerintahan kuku besi negara masing-masing? Atau sudahkah kita nampak bahawasanya apa yang berlaku merupakan sesuatu yang perlu dilakukan untuk mengekalkan hegemoni Amerika Syarikat dengan 'membenarkan' malah menggalakkan berlakunya demo besar-besaran. Dan sesudah rakyat tidak puas hati dengan Mohamed Morsi yang dikatakan tidak cekap dan sebagainya, sekali lagi Amerika Syarikat masuk campur dan menyuruh Tentera Mesir yang di bayar gaji oleh Perbendaharaan Amerika Syarikat, untuk membuat rampasan kuasa dan memenjarakan seorang pemimpin yang dipilih rakyat.


Ben Ali juga menjadi Presiden melalui sebuah rampasan kuasa di Tunisia. Entah siapalah agaknya yang akan diangkat Amerika Syarikat kini untuk menggantikan Mohamed Morsi. Tentunya ramai yang sedang 'ditemuduga' dan pelbagai janji ditagih dan ditabur oleh mereka-mereka yang mahu memegang tampuk kuasa. 


Benarlah akhirnya apabila penulis dan sahabat merasakan 'Arab Spring' yang merupakan sebuah projek batil Amerika Syarikat semasa ianya bermula. Jika Amerika Syarikat dan sekutu mereka tidak benarkan ianya berlaku, ianya tidak akan berlaku seperti Jordan dan Arab Saudi. Jika Uncle Sam dan gerakan Zionis antarabangsa membenarkannya, semestinya presiden negara tersebut akan digulingkan seperti yang berlaku di Libya dan juga sedang berlaku di Syria. Episod Syria hanya Allah subhanawataala sajalah yang tahu kesudahannya.

Video dibawah oleh Sheikh Imran N Hossein bercakap tentang 'Arab Spring' seawal tahun 2003.


Semoga fitnah Dajjal Akhir Zaman tidak menutup mata hati kita daripada segala bentuk penipuan. Persoalannya sekarang sama ada masih adakah saudara muslimin Malaysia yang masih bermimpi basahkan 'Arab Spring' berlaku di tanah air tercinta? Tepuk dada, baca Surah Al Khafi. Salam Ramadan Al Mubarak semua.


2 comments:

Imran Haaz said...

Rekonstruksi lanskap politik ialah satu perkataan yg tepat. Negara2 Arab harus melalui renovasi bersesuaian dgn harapan politik baru Amerika.

Semua 'perabot lama' harus dikeluarkan utk dimasukkan 'perabot baru' yg lebih cantik di dalam rumah hegemoni Amerika.

Mrk angkat, mrk yg jatuhkn, mrk juga yg mengangkat kmbali.. Morsi ditendang keluar ketika prcubaan dia utk senada dgn syahwat Amerika dlm mengutuk Bashar Assad, tidak dipedulikan Washington..

Ttp malanglah bg muslim di Mesir, krn utk mengangkat Morsi, mrk telah melakukan satu perkara yg jelas Rasulullah s.a.w. telah beri amaran elak dilakukan...

Mrk menjatuhkan mubarak dgn keganasan, maka, menurut hadis akhir zaman tersebut, ia akan menjadi satu cycle yg akan berputar sehingga kiamat. Kehinaan ke atas negara2 tersebut tidak akan diangkat sehingga kiamat. Itulah juga yg berlaku kepada Morsi, dan kepada penggantinya, dan juga kepada pengganti kepada penggantinya seterusnya..

Jadual yg dipamer menunjuk jelas ia berada dlm sebuah program terancang.

Bg yg biasa menguruskan projek, ia ibarat Program Kerja (CPM) tersusun di dalam jadual pelaksanaan yang perlu diikuti.

Ameen utk doa tersebut tuan.

islam1st said...

Setuju. Sememangnya itu yang didambakan Orde Baru dan itulah yang diberikan oleh arab yang panas baran (makan kambing banyak sangat kut..). Yang paling menyayat hati mereka mengambil undang-undang ditangan sendiri semasa ketidaktentuan sosial politik berlaku di sana dengan menyeksa dan membunuh dua remaja yang didakwa mencuri. Melihat jenazah dua hamba Allah ini, saya terdetik jika ditangan Hudud itu sendiri, mencuri bukanlah dihukum bunuh, malah akan disiasat dahulu kenapa dan siapa mereka yang menyebabkan mereka mencuri, kalaupun benar mereka bersalah, kenapakah manusia senang-senang membunuh makhluk manusia ciptaan Allah? Golongan Khalifah macam mana yang berjalan diatas bumi kita dewasa ini?

http://tvcnews.tv/?q=article/egyptian-vigilantees-beat-hang-two-men-accused-stealing-motorised-rickshaw

Saya juga terfikir jika-jika mereka tidak bersalah. Semua itu salah faham dan dalam ketidak-tentuan sosial disebabkan demo yang berterusan sejak beberapa tahun, sehinggakan public order runtuh, dan mereka terseksa dan teraniaya, bagaimanakah pula doa mereka supaya kezaliman mereka berdua dibalas setimpal? Apakah bala yang kita lihat hasil daripada apa yang berlaku, on smaller level, mungkin juga secara kolektif kalaupun tidak semata-mata kerana perbuatan tersebut.

Wallahualam

Imran N Hosein

Loading...