Padan Muka Kita Semua!

Saturday, July 13, 2013
Dalm menjalani ibadah puasa. Menahan lapar dan dahaga. Menahan segala macam nafsu yang mencanang, termasuk nafsu marah, hamba ciptaan Allah subhanawataala yang lemah. Muslim dan Islam untuk kesekian kali dicemuh dan dihina lagi. Di Malaysia, pasangan Cina yang terkenal dengan aksi lucah mereka dikalangan bangsa mereka cuba menjadi popular agaknya dikalangan Muslimin dengan mengucapkan Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh...Wangi, enak, menyelerakan), siap dengan tanda Halal Malaysia Jakim (yang lama).


Untuk yang tidak tahu apa itu Bak Kut Teh, boleh rujuk disini antara lain menyebut bahawa hidangan sup babi yang diperkenalkan oleh pendatang berbangsa Hokien di Malaya pada kurun ke-19. Tidak perlulah penulis meletakkan gambar hidangan wangi, enak dan menyelerakan tersebut, anda boleh google image sendiri.

Semangat muhibah dan harmoni kaum yang ditunjukkan oleh mereka berdua amatlah 'terpuji'. Tentunya ketika umat Islam sedang menyambut Ramadan dan beribadah puasa golongan ini mencemuh dan menghina ajaran agama kita dengan sesuatu yang sememangnya diharamkan Islam. Semangat setia kawan sebegini sememangnya sudah termaktub dalam Piagam Madinah, kenapakah kita masih terkial-kial mahu melaksanakannya?

Di Perancis kartun yang menghina Nabi Muhammad sallahualaihiwassalam muncul lagi. Orang bertanggujawab sedang dilindungi polis. Adakah umat Muslim seluruh dunia yang sedang menyambut puasa akan berdemonstrasi seperti yang berlaku beberapa tahun dahulu apabila keturunan Vikings, Danes menghina Rasullulah? Atau adakah kita sudah penat dan sedar akan ketidakmampuan kita semua dalam mempertahankan Islam, Rasullullah sallahualaihiwassalam dan Muslim amnya?

Tepuk dada tanya iman dan tanya diri kita kenapakah kita boleh dihina dan dimomokan sedemikian rupa? Apa salah kita? Sudahkah kita tersedar dari mimpi yang kita sedang diperkotak-katikkan? Atau kita masih mendabik dada juah dengan diri sendiri yang kerdil sebenarnya dan mengatakan penyatuan tidak akan berlaku jika 'aku masih hidup'? Siapakah 'aku' yang kita bangga-banggakan itu? Salam Ramadhan sekali lagi, semoga amalan baik kita dibulan yang mulia ini menjadikan kita lebih merendah diri dan sedar diri!

Ameen.




2 comments:

Imran Haaz said...

Menteri Amaran sudah pergi..

Menteri pengganti apa cerita?

Najib perlu ingat bukanlah Cina yg menendang Pak Lah keluar dari puncak pemerintahan. Yg menendang Pak Lah keluar, ialah org2 Islam di dalam UMNO.

Cubalah Najib buat2 pekak tentang isu ini...

islam1st said...

Jam congak tick tock yang tuan letak memang sesuai, tapi tak pasti berkesan atau tidak...

Imran N Hosein

Loading...